Kerap kali ternampak posting berkaitan anti-vaksin dan posting tak percaya covid. Tak apalah.
Percaya atau tidak itu satu pilihan. Mungkin belum kena pada diri sendiri atau belum nampak tempias sebenar pada ahli keluarga.
Tapi janganlah sampai memberi ‘kesedaran salah’ tentang keadaan semasa. Penyakit tetap penyakit, jangkitan tetap jangkitan.
Kalau sekali pun tak nak dicucuk vaksin, jangan sampai ajak orang lain untuk tidak cucuk. Ada orang ambil vaksin sebagai ikhtiar, pakai mask sebagai ikhtiar dan cuci tangan sebagai ikhtiar. Sekurangnya itu satu langkah usaha bagi mereka.
Contoh mudah yang berlaku di negara India. Kes meningkat secara mendadak. Jutaan yang dijangkiti. Pada mula kita nampak semua ambil mudah. Sekarang bertukar mudarat.

Hingga sekarang, mudarat itu dah melarat. Sampaikan oksigen tidak mencukupi.
Bantuan ubat yang diberikan juga tidak mampu mengawal keadaan.
Kematian di India hanya 1%. Tapi angka sebenar 1% adalah 197,880 orang (dan semakin meningkat). Yang mati tu orang. Insan yang pernah bernyawa.
Nyawa yang dimiliki oleh seorang ibu, ayah, anak, nenek, datuk, sahabat dan kawan. Setiap nyawa itu semestinya bermakna untuk insan lain yang masih hidup.
Hilang mereka tiada berganti. Tak kira lah samada penyakit ini rekaan manusia atau azab dari Tuhan. Yang penting kita. Kita kena usaha untuk melakukan sesuatu.
Kalau lah vaksin itu dicipta kononnya untuk menghapuskan umat manusia, tengok balik jumlah yang dah mati belum divaksin. Jauh lebih tinggi. Belum dicucuk vaksin dah meninggal dulu sebab penyakit.

Kes di Malaysia juga tak kurang hebatnya. Meningkat dengan bangga. Tak mustahil, double standard juga boleh jadi salah satu penyumbangnya.
Minta jauh dari perkara yang tak baik. Tapi apa salah kalau beringat-ingat sesama kita. Jangan sampai ‘sudah kalah baru berkubu’.
Kredit : Sepang Viral
